Tuesday, 22 May 2012

FADHILAT BULAN REJAB



Banyak hadis Rasulullah S.A.W. yang telah diriwayatkan oleh para sahabat mengenai bulan Rejab, bulan ketujuh di dlm kalendar Islam. Rejab bermaksud Ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan)  kerana Allah s.w.t. akan melimpahkan rahmat-Nya, kemurahan-Nya dan Ruangan bimbingan rohani kali ini menyorot fadhilat bulan Rejab dan beberapa hadis Rasulullah S.A.W. berkenaan dengannya.

Amalan mulia di dlm bulan REjab ini ialah berpuasa. Maksud hadis Rasulullah S.A.W. tentang kelebihan berpuasa di dlm bulan Rejab adalah seperti berikut :


PUASA-PUASA BULAN REJAB

  • Puasa 1- seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredhaan Allah serta syurga tertinggi.
  • Puasa 2- mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipatgandakan pahalanya.

  • Puasa 3- dijauhkan dugaan oleh Allah, dijadikan sebuah parit panjang   yang menghalangnya ke neraka.
  • Puasa 4- diselamatkan daripada seksaan akhirat serta fitnah Dajjal.
  • Puasa 5- aman dari azab kubur. 
  • Puasa 6- dibangkitkan dari kubr dengan muka bercahaya.
  • Puasa 7- Allah mengunci 7pintu neraka jahanam baginya.
  • Puasa 8- Allah membuka 8pintu syurga baginya.
  • Puasa 9- keluar dari kuburnya lalu menyeru "LAAILAHAILALLAH" dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga.
  • Puasa 10- Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiao satu batu dan dijadikan 2sayap utk terbang seperti kilat di titian Siratul Mustaqim.
  • Puasa 16- dapat melihat wajah Allah di dlm syurga dan org petama menziarahi Allah di dlm syurga.
  • Puasa 19- dibina sebuah mahligai di hdpan mahligai Nabi Allah Ibrahim dan Nabu Allah Adam.
  • Puasa 20- Allah mengampunkan segala dosannya yg lalu, dan melakukan amalan baik dgn baki umurnya.

Berkata Saidina Ali :

  • Puasa 13- Saidina Ali berkata bhw fadhilatnya seperti puasa 3,000 tahun.
  • Puasa 14- Saidina Ali berkata bhw fadhilatnya seperti puasa 10,000 tahun.
  • Puasa 15- Allah mengampunkan semua dosanya yg lalu dismping menggantikan amalan kejahatan dgn amalan kebaikan. Saidina Ali berkata bwh fadhilatnya seperti berpuasa 100,000 tahun.

Sesiapa yang berpuasa 3 hari dalam bulan Rejab dan beribadat pada malamnya seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasadnya, 70 hajat ketika di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Al-Quran dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, dan 70 hajat ketika melalui titian Siratul Mustaqim. 

Berpuasa pada 27 Rejab (Hari Israk dan Mikraj) seperti berpuasa 60 bulan pahalanya, jika disertai dengan sedekah seumpama puasa 1,000 tahun. 

Dapat meminum air sungai yang dinamakan Rejab yang mana airnya lebih putih dari susu, lebih manis daripada manisan, lebih dingin dari salji. 

Setiap umat Islam yang berpuasa di bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya. Tambahan bersedekah seperti beribadat seribu kali haji dan umrah. Dibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali. 

Sedekah di bulan Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap-tiap helai bulu romanya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api neraka. 

Orang yang lemah dari berpuasa di bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari, sekurang-kurangnya sebuku roti. 

Kelebihan lain dalam bulan Rejab :

  • Di dalam bulan lain Allah membalas amalan umat-Nya 10 kali, tetapi di dalan bulan Rejab Allah akan membalas amalan umat-Nya 70 kali.
  • Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali di dalam bulan Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka. 
  • Rejab bulan Allah, Sya'aban bulan Rasulullah. S.A.W, Ramadhan bulan umat Rasulullah S.A.W. 
  • Rejab adalah bulan menabur benih, Sya'aban bulan menyiram tanaman manakala Ramadhan bulan menuai. 
  • Amalan di dalam bulan Rejab menyucikan badan, Sya'aban menyucikan hati manakala Ramadhan menyucikan roh. 
  • Rejab adalah bulan maghfirah (keampunan), Sya'aban bulan syafaat manakala Ramadhan bulan menggandakan kebajikan. 
  • Rejab adalah bulan taubat, Sya'aban bulan muhibbah manakala Ramadhan bulan dilimpahi pahala amalan yang banyak. 
  • Pahala amalan baik di dalam bulan Rejab diganda 70 pahala, Sya'aban diganda 700 pahala dan Ramadhan diganda 1,000 pahala.
  • amalan lain yang baik dilakukan dalam bulan Rejab: 
amalan lain yang baik dilakukan dalam bulan Rejab:  

  • Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun.
  • Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan istighfar dan zikir .
  • Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat 
  • Memohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya.
  • Menginsafkan diri dengan membaca kisah teladan perjuangan Rasulullah S.A.W. dan sirah Islam lain. 


Peristiwa penting yang telah berlaku dalam bulan Rejab: 


  • Israk dan Mikraj (27 Rejab).
  • Solat 5 waktu difardukan ke atas umat Islam (Malam Israk Mikraj).
  • Perang Tabuk terjadi di dalam tahun ke-9 Hijrah. 
Secara ringkasnya, Israk dan Mikraj adalah sebuah peristiwa di mana Nabi Muhammad S.A.W telah di"israk"kan (dibawa berjalan) dari Kota Mekah ke Baitul Muqaddis serta di"mikraj"kan (dibawa naik ke atas) ke Sidratul Muntaha untuk mengadap Allah S.W.T di mana Solat 5 waktu telah difardukan ke atas umat Islam melalui Rasulullah S.A.W. Semuanya berlaku di dalam satu malam sahaja. Firman Allah SWT:

"Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada satu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."


(Surah Al Israa': 1) 



Kesimpulannya, bulan Rejab merupakan sebuah bulan yang banyak keistimewaannya yang dijanjikan oleh Allah S.W.T kepada umat-Nya, kerana Rejab adalah bulan Allah. Pintu rahmat terbuka luas kepada umat-Nya untuk bertaubat dan memohon ampun di atas dosa-dosa yang lepas. Namun begitu, suka diingatkan bahawa kita perlu mengerjakan segala amalan yang dituntut ini dengan sifat ikhlas, rendah diri dan tawwaduk agar ganjaran yang akan diperolehi itu ada keberkatannya.


0 comments:

Post a Comment